Membawang Hari Ini

Dilema cinta jejaka

Selepas kejayaan single Terakhir, Sufian Suhaimi kini muncul dengan single keduanya, Harus Aku ciptaan Sirkhan.

Berbanding Terakhir, nada Harus Aku lebih ringkas, tetapi masih mengekalkan genre balada.

Harus Aku juga boleh digelar sebagai lagu yang membuai dengan susunan muzik ringkas menggunakan kekunci piano.

Susunan iramanya juga kedengaran lebih moden dan secara tak langsung memberi peluang buat Sufian sebagai penyanyi untuk menyajikan sisi berbeza kepada peminatnya.

Vokal Sufian juga kedengaran lebih matang alunannya, sekali gus membuatkan pendengar terbawa-bawa ke dalam jalan cerita yang disampaikan menerusi Harus Aku.

Liriknya jika diamati punya jalan cerita yang berkait dengan Terakhir. Harus Aku mempersembahkan kisah mengenai lelaki yang berada dalam dilema sama ada dia ingin meneruskan hubungan cintanya dengan orang terdekat ataupun tidak.

Sufian ketika ditemui mengakui, Harus Aku adalah kesinambungan daripada lagu Terakhir.

“Memang ini adalah kesinambungan daripada lagu Terakhir. Liriknya adalah jawapan kepada persoalan yang dipaparkan dalam lagu Terakhir yang juga ciptaan Sirkhan,” katanya.

Bercerita serba sedikit mengenai penghasilan lagu ini, Sufian memaklumkan bahawa lagu ini sudah lama dihasilkan, namun hanya sebagai demo.

“Ia sudah dicipta sejak dua tahun lalu, tapi pada awalnya saya dan Sirkhan hanya bercadang untuk hasilkannya sebagai demo.

“Selepas Harus Aku versi demo dimuat naik ke YouTube, ramai yang memberikan respons positif dan meminta kami untuk hasilkan lagu ini secara rasmi,” katanya.

Menurut Sufian, ramai yang memberitahunya bahawa Harus Aku lebih sedap didengar berbanding Terakhir.

“Ramai yang memberikan reaksi positif untuk lagu ini, tapi bagi saya, terlalu awal untuk kita nilaikannya. Jadi, beri sedikit masa kepada Harus Aku untuk mencuri perhatian pendengar,” katanya.

Terkini, video lirik Harus Aku yang dimuat naik ke saluran YouTube Aries Music sejak sebulan lalu sudah mencecah lebih 400,000 tontonan manakala di saluran YouTube Sufian sendiri sejak setahun lalu sudah mencecah lebih tiga juta tontonan.

INFO:

LAGU: Harus Aku

PENYANYI: Sufian Suhaimi

CIPTAAN: Sirkhan

LIRIK: Sirkhan

TERBITAN/EDARAN: Aries Music

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");