Jenayah

Drama tayar dikunci

Bukit Mertajam: Seorang lelaki, 50-an, sanggup gadai nyawa dengan berbaring bawah kereta milik anaknya ketika kenderaan itu cuba ditunda penguatkuasa Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) di Jalan Dandy di sini, jam 2.40 petang semalam.

Dalam kejadian itu, lelaki berkenaan yang juga pemilik sebuah kedai berdekatan cuba menghalang penguatkuasa MPSP daripada menunda kereta jenis Mercedes yang diletakkan di kawasan parkir motosikal di situ.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, sebelum kejadian jam 11.30 pagi, empat anggota penguatkuasa MPSP sedang menjalankan tugas mengunci tayar di kawasan berkenaan sebelum kereta milik anak lelaki berkenaan didapati diletakkan di petak parkir motosikal.

Beliau berkata, anggota MPSP berkenaan meniup wisel sebanyak tiga kali sebagai amaran untuk pemandunya mengubah kenderaan, namun tiada jawapan.

“Katanya, anggota MPSP kemudian mengunci tayar kereta berkenaan dan meninggalkan nombor telefon pada cermin kereta.

“Selepas satu jam, anggota MPSP kemudian datang semula ke lokasi berkenaan bagi mencari pemilik kenderaan itu sebelum dia keluar dari kedai dalam keadaan marah dan berkeras tidak mahu membayar kompaun untuk membuka kunci tayar,” katanya.

Nik Ros Azhan berkata, lelaki berkenaan juga diberitahu oleh penguatkuasa MPSP bahawa kereta itu akan ditunda ke MPSP Jalan Betik sekiranya dia enggan membayar kompaun. Menurutnya, pada jam 2.40 petang ketika kereta itu ditunda pihak MPSP, lelaki berkenaan bertindak masuk ke bawah kereta untuk menghalang pihak berkuasa menjalankan tugas.

“Penguatkausa MPSP dan dibantu oleh polis bantuan memujuk lelaki berkenaan namun gagal sebelum terpaksa menarik dia keluar dari bawah kereta.

“Dia kemudian di bawa ke Balai Polis Bukit Mertajam untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Katanya, tiada pergaduhan atau sebarang kecederaan dilaporkan.

Nik Ros Azhan berkata, lelaki berkenaan kini direman pihaknya bagi tujuan siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam daripada melakukan tugas.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");