Jenayah

DVD cetak rompak RM150,000 dirampas, 2 ditahan

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) merampas 23,617 keping cakera padat video (DVD) cetak rompak dan enam unit mesin perekaan bernilai lebih RM150,000 dalam serbuan di dua unit kediaman di Batu Berendam, Melaka, semalam.

Pengarah Penguatkuasa KPDNKK, Mohd Roslan Mahayudin, berkata serbuan jam 3 petang itu dilakukan sembilan pegawai hasil maklumat dan risikan selama tiga bulan.

“Dalam serbuan ke sebuah kediaman, dua suspek ditahan serta enam mesin dirampas. Serbuan ke sebuah lagi kediaman tidak membabitkan sebarang tangkapan kerana premis premis itu hanya dijadikan stor menyimpan DVD cetak rompak.

“DVD berkenaan untuk diedarkan ke pasar malam sekitar Melaka dan dipercayai juga ke Johor,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Roslan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) (d) Akta Hak Cipta 1987 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM2,000 bagi setiap salinan langgaran atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Katanya, kes turut disiasat mengikut Seksyen 8(2) Akta Perihal Dagangan 2011 yang jika sabit kesalahan, boleh didenda maksimum RM10,000 setiap barangan menggunakan perihal dagangan palsu atau hukuman penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Dua suspek yang ditahan akan dibawa ke mahkamah untuk perintah reman. Siasatan juga masih dilakukan bagi mengesan pemilik kediaman itu untuk tindakan lanjut,” katanya.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");