Sukan Hari Ini

F1: Rosberg teringin berlakon filem

Perancis: Juara dunia Formula Satu (F1), Nico Rosberg tidak sabar untuk meraikan Krismas dengan tenang sebelum memikirkan langkah seterusnya kemungkinan sebagai wira filem aksi.

“Saya sangat sukakannya,” katanya pelumba berusia berumur 31 tahun dari Jerman itu kepada AFP apabila mendedahkan impiannya untuk menceburi bidang lakonan.

“Saya mengenali beberapa aktor Jerman. Mungkin satu hari nanti, ia pastilah menarik. Saya mempunyai sedikit pengalaman kerana apabila anda menjadi pemandu perlumbaan, anda perlu melakukan banyak beraksi dalam iklan komersial.

“Wira filem aksi…itu akan membuatkan saya sangat gembira!” kata Rosberg yang baru-baru ini mengejutkan F dengan mengumumkan persaraan hanya selepas lima hari menjulang kejuaraan dunia di Abu Dhabi, bulan lalu.

Sejak itu, jadualnya padat dengan diisi promosi penaja termasuklah acara bersama gergasi insurans Jerman, Allianz di sini semalam, yang akan berakhir menjelang Krismas.

“Saat di mana saya akan bebas sepenuhnya adalah pada Krismas nanti, saya tak sabar mengenai itu. Saya akan bersama isteri, anak perempuan saya, kami akan berada di Ibiza dengan pokok Krismas dan menikmati makan malam ayam turki seperti biasa,” kata Rosberg.

“Kemudian saya akan pergi mencari projek di mana saya boleh menggunakan daya saing yang saya ada, tetapi kita tunggu pada tahun baru nanti.”

Rosberg menegaskan dia tidak menyesal untuk mengakhiri kariernya, satu keputusan yang menyebabkan ramai peminatnya kecewa.

“Saya sedar ramai orang yang menyokong dengan keputusan saya. Ada juga orang yang akan berfikir sebaliknya,” kata Rosberg. – AFP

-BH online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");