Sukan Hari Ini

Faiz Subri boleh menang kerana itu gol luar biasa

GOL cantik pemain Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri adalah gol yang luar biasa.

Demikian reaksi bekas jurulatih Kedah, Azraai Khor Abdullah yang menyeru rakyat Malaysia dan mengapa jaringan itu perlu diundi dalam anugerah Puskas 2016.

Menurutnya, gol itu memang luar biasa dan tidak semua pemain boleh menghasilkan gol sedemikian.

“Bila dilihat perjalanan bola itu, mula-mula ia melencong ke kiri dan naik ke atas sebelum menjunam ke penjuru kanan gol.

“Bukan calang-calang pemain boleh buat gol begitu..perlu ada kemahiran dan sentuhan yang baik,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Tambahnya, sepakan percuma adalah satu perkara yang agak sukar untuk dilakukan.

Jika dilihat, dalam Liga Malaysia, jarang-jarang ada pemain tempatan yang boleh menjaringkan gol dengan sempurna melalui sepakan percuma.

“Kebanyakan akan diambil oleh pemain import,” katanya.

Justeru, beliau berharap pencalonan Puskas 2016 untuk Fazi Subri ini dijadikan sebagai suntikan semangat pemain itu untuk meningkatkan prestasi di musim hadapan.

“Sekiranya dia berjaya merangkul anugerah itu, ini adalah satu kebanggaan bukan sahaja pada dirinya, tapi pada negara dan secara tidak langsung mengubati segala duka bola sepak negara ketika ini. Selamat maju jaya Faiz!,” katanya.

Peminat boleh membuat undian di laman sesawang http://www.fifa.com/the-best-football-awards/puskas-award/index.html.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");