Panasnya Hari Ini

Gempa Acheh: Pemuda AMANAH Nasional Lancar Tabung Kemanusiaan

KUALA LUMPUR: Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Nasional melahirkan rasa sedih dan hiba di atas kejadian gempa bumi yang melanda Acheh, Indonesia semalam.

Ketuanya, Mohd Sany Hamzan berkata, pihaknya juga merakamkan tazkiah kepada seluruh ahli keluarga mangsa yang terkorban akibat bencana alam tersebut.

“Diharap agar ke semua mangsa yang terlibat kekal tabah dan cekal dalam mengharungi dugaan ini,” katanya menerusi satu kenyataan media di sini hari ini.

Justeru itu, atas rasa tanggungjawab, beliau berkata, Pemuda AMANAH Nasional akan melancarkan tabung kemanusiaan bagi membantu mangsa yang terlibat.

“Sumbangan daripada seluruh negara akan dikumpulkan dan diserahkan kepada pihak disana. Kami mengajak seluruh rakyat Malaysia menghulurkan bantuan sedaya mampu melalui tabung yang akan dilancarkan ini,” katanya lagi.

Terdahulu, gempa bumi berukuran 6.4 magnitud pada jam 5.03 pagi waktu tempatan itu telah menyebabkan lebih 20 orang terkorban dan ramai lagi cedera.

Gempa bumi itu juga telah mengakibatkan banyak rumah, masjid serta bangunan runtuh dan terjejas teruk.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");