Jenayah

Geng pecah rumah, curi kenderaan tumpas

SERDANG: Geng pecah rumah dan curi kenderaan ditumpaskan polis dalam beberapa siri serbuan di Bandar Bukit Puchong dan Taman Bukit Serdang, dekat sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, kejayaan ini susulan tertangkapnya dua suspek utama ketika menaiki Honda Civic dan motosikal Demak kira-kira jam 1 petang.

Menurutnya, dengan dipandu arah oleh salah seorang suspek, pasukan serbuan yang diketuai Asisten Superintendan Chai Chee Boon pergi ke sebuah rumah kedai di Bandar Bukit Puchong dan menahan seorang lagi rakan suspek.

“Kemudian, siasatan berjaya membawa kepada penahanan seorang lagi suspek juga di sebuah rumah kedai.

“Bertindak atas maklumat, suspek kelima turut berjaya ditahan di sebuah apartment di Taman Bukit Serdang,” katanya.

Polis telah merampas komputer riba, dokumen, telefon bimbit, jam tangan, televisyen, paket plastik lutsinar berisi dadah disyaki syabu dan pil eramin 5 serta dua buah motosikal jenis Honda EX5, Kawasaki dan Demak DZR.

Beliau berkata, semakan pada kenderaan Honda Civic dan tiga buah motosikal yang dirampas dapati dilaporkan hilang.

Katanya, kesemua suspek berusia lingkungan 35 hingga 45 tahun dipercayai aktif melakukan kegiatan pecah rumah dan curi kenderaan di sekitar Bandar Kinrara, Seri Kembangan Dan Kajang sejak awal bulan November 2016.

“Malah, geng ini melakukan jenayah untuk menampung perbelanjaan membeli dadah,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");