Sukan Hari Ini

Guardiola Enggan Bergantung Pada Aguero, Fernandinho

PENGURUS Manchester City, Pep Guardiola mencabar pemainnya untuk menewaskan juara Liga Perdana Inggeris, Leicester City tanpa perlu bergantung kepada beberapa pemain bintangnya yang menjalani hukuman penggantungan perlawanan.

Skuad The Citizens itu tempang tanpa khidmat Sergio Aguero, Fernandinho dan Nicolas Otamendi apabila berkunjung ke Stadium King Power pada awal pagi Ahad.

Namun Guardiola percaya pasukannya mampu menggalas tanggungjawab tersebut dan jangan terlalu mengharap khidmat tiga pemain tersebut.

“Kita memiliki pemain lain dan tidak perlu mengeluh atau memberi alasan tidak boleh menang tanpa Aguero atau Fernandinho.

“Kita perlu mencari penyelesaian dan sebab itu kita akan menggunakan pemain yang sedia ada untuk memenangi perlawanan tersebut,” katanya.

Walaupun pernah kehilangan khidmat Aguero, Manchester City masih mampu beraksi dengan baik dalam tiga perlawanan ketika penyerang kelahiran Argentina itu digantung tiga perlawanan sebelum ini.

Malah statistik menunjukkan pasukan itu hanya tewas dua kali dalam 23 perlawanan tanpa Aguero kerana pemain muda kelab tersebut, Kelechi Iheanacho dan bintang Belgium, Kevin De Bruyne mampu mengisi kekosongan di bahagian penyerang.

“Ya dia (Iheanacho) adalah penyerang kami. Satu-satunya penyerang yang saya ada.

“Dia memiliki kemahiran yang bagus untuk menjaringkan gol dan saya menagih khidmatnya,” kata Guardiola.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");