Panasnya Hari Ini

Jemputan Tun M, Tun Hasmah Ke Majlis Agong Dibatalkan

KUALA LUMPUR : Undangan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali ke Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Yang Dipertuan Agong serta timbalannya pada 13 Disember hadapan dibatalkan.

Perkara itu dimaklumkan melalui sepucuk surat yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja kepada Yayasan Kepimpinan Perdana pada 5 Disember.

Surat tersebut dimuat naik oleh anak bekas perdana menteri itu, Marina Mahathir di laman Facebooknya hari ini.

15284161_10157772437310363_5262635058117352885_n

15401076_10157772437315363_1205765892357881473_n

Antara isi surat tersebut ialah bagi mengelak sebarang kesipuan (embarrassment) kerana tiada kerusi disediakan untuk Mahathir dan Hasmah ketika istiadat tersebut.

“Surat ini bermaksud bagi mengelak sebarang kesipuan (embarrassment) jika Yang Berbahagia Tun hadir pada hari dan ketika tersebut kerana pejabat ini tiada menyediakan kerusi kepada Yang Berbahagia Tun.

“Seterusnya, saya mendoakan agar Yang Berbahagia Tun berada dalam keadaan baik dan sihat senantiasa,”katanya.

Memetik laporan Malaysiakini, portal berita itu melaporkan bahawa seorang pegawai Mahathir mengesahkan telah menerima surat tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");