Sukan Hari Ini

Karamjit Singh tepati ramalan

IPOH – Pemandu rally profesional, Karamjit Singh, menepati ramalan untuk muncul juara Kejohanan Malaysia Rally Championship (MRC) 2016 di Seri Iskandar, semalam.

Karamjit atau dikenali sebagai The Flying Sikh yang memandu Proton Wira, mencatat masa 1 jam 40 minit 16.3 saat untuk mengungguli perlumbaan pada hari terakhir, semalam.

Seorang lagi pelumba profesional negara, Mohd Azad Jasmi yang memandu Proton Satria dan mewakili pasukan TIC Motorsports Team, muncul pemenang tempat kedua dengan catatan masa 1 jam 50 minit 42.6 saat.

Suhaimi Nasro Ali yang juga memandu Proton Satria, terpaksa berpuas hati menduduki tempat ketiga dengan catatan masa 1 jam 51 minit 0.3 6 saat.

Kejohanan yang bermula dari 3 hingga 4 Disember 2016 itu disertai oleh 12 pelumba profesional termasuk dua pelumba Jepun, Masafumi Sudou dan Takeshi Azuma yang memandu Proton Satria Neo.

Tambah menarik, Sudou, 60 juga mencuri perhatian ramai apabila muncul peserta paling tua menyertai kejohanan berkenaan.

Bagaimanapun, kedua-dua pelumba berkenaan gagal menempatkan diri dalam kelompok tiga tempat teratas dengan menyaksikan masing-masing berada pada kedudukan ke-10 dan 12.

Azuma berada pada kedudukan ke-10 dengan catatan masa 2 jam 12 minit 20.2 saat manakala Sudou pula mencatat 2 jam 37 minit 26.4 saat untuk berada pada kedudukan ke-12.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");