Berita Hari Ini

Malaysia tidak perlukan perubahan rejim – Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, Malaysia tidak memerlukan perubahan rejim dalam membawa pembaharuan kepada negara. Sebaliknya, kata Perdana Menteri, kerajaan perlu menjadi ejen transformasi untuk membawa perubahan.

Beliau berkata, perubahan rejim atau kerajaan tidak semestinya membawa kesan positif.

“Apa yang penting adalah perubahan itu sendiri. Ambil contoh negara seperti Libya dan Syria yang terbabit dalam revolusi radikal.

“Negara berkenaan akhirnya hampa dan menderita kerana perubahan radikal yang diharapkan tidak berlaku seperti diinginkan,” katanya berucap merasmikan Perhimpunan Agung Parti Progresif Penduduk Malaysia (myPPP) Ke-63 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Presiden myPPP, Tan Sri M Kayveas dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata, walaupun myPPP adalah parti komponen kecil, ia tetap bergerak aktif dan terus mendapat sambutan rakyat.

“Menerusi kepemimpinan presidennya, pelbagai usaha sudah digerakkan bagi memastikan parti itu sentiasa ke hadapan dan berubah mengikut peredaran,” katanya.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");