Panasnya Hari Ini

Melayu UMNO Mudah Lupa – Mahathir

KUALA LUMPUR : “Melayu UMNO mudah lupa,”ulang bekas Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Jelasnya, ungkapan yang diungkapnya dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) beberapa tahun lalu masih lagi relevan.

“Kali ini mereka lupa sayang kepada bangsa, negara dan agama seperti perjuangan UMNO di waktu ia ditubuh. Yang mereka ingat hanyalah duit itu raja dan mereka terus menyembah duit.

“Pilihanraya kali ini akan memperlihat duit-duit yang dicuri dikongsi oleh mereka yang terus menyokong (Datuk Seri) Najib Tun Razak.

“Dengan perkataan lain, ahli UMNO yang terus sokong Najib bersubahat dengannya dalam melesapkan duit kerajaan (duit rakyat) berbilion Ringgit. Makanlah duit haram ini, duit dari menjual bangsa, agama dan tanahair,”katanya menerusi catatan di blognya, pada Jumaat.

Terdahulu, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dalam PAU 2016 mengulangi bait-bait puitis yang diubahsuai untuk menyerang kembali bekas Perdana Menteri itu.

Khairy dilaporkan berkata, tindakan Dr Mahathir yang kini Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berbeza dengan tindakannya sewaktu mentadbir negara ini selama 22 tahun.

“Beliau pun sendiri pernah berkata Melayu Mudah lupa, Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa. Dulu, BERSIH dipertikai. Sekarang, merayu rakyat sertai BERSIH. Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa. Dulu Soros dikritik, sekarang sertai demo yang dibiayai Soros.

“Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa. Dulu lempar Anwar pelbagai tuduhan. Sekarng bersalaman bertukar senyuman, entah jujur atau tidak. Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa. Dulu bila ditanya pasal reformasi, sekarang mengejar tepukan di pentas lawan.

“Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa. Dulu Mat Sabu dicaci dihina. Sekarang teman bergelak ketawa. Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa. Dulu konon pejuang bangsa. Sekarang seganding musuh bangsa.

“Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa. Dulu pertikai kewujudan Keadilan. Sekarang, mesra dengan kepimpinannya, siap sahut Bebas Anwar. Melayu mudah lupa, Melayu Mudah lupa. Dulu, musuh dipersoal. Kini semeja, mengejar kuasa,” kata Khairy.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");