Membawang Hari Ini

Menang 3 Trofi, Ayda Jebat ‘Personaliti Sensasi Melodi’ Anugerah Melodi 2016

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat diumumkan sebagai pemenang Personaliti Sensasi Melodi Anugerah Melodi 2016 yang diadakan di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur (PWTC) di sini pada Sabtu.

Ayda atau Nur Suhada Jebat, 23, turut menerima dua lagi trofi pada acara tersebut iaitu Personaliti Media Sosial Melodi dan Personaliti Muzik Melodi.

Kemenangan menerusi kategori Personaliti Muzik Melodi melayakkan Ayda membawa pulang baucer bernilai RM1,000 daripada CJ Wow Shop.

Personaliti Fesyen Melodi pula milik Nazim Othman manakala pelakon Zizan Razak membuktikan masih diminati apabila dipilih sebagai pemenang trofi Personaliti Filem Melodi.

Fattah Amin yang popular menerusi drama bersiri Suri Hati Mr. Pilot pula diumumkan sebagai pemenang trofi Personaliti Drama Melodi.

Gandingannya Fattah dalam drama berkenaan, Neelofa turut membawa pulang trofi menerusi kategori Personaliti Pengacaraan Melodi.

Anugerah Melodi 2016 yang diadakan buat kali pertama mempertandingkan 10 kategori bertujuan meraikan personaliti yang mewarnai industri seni.

Anugerah utama (Ultimate Award) iaitu Personaliti Sensasi Melodi 2016 pula diberikan bagi meraikan personaliti berperwatakan menarik, memiliki aura, karisma dan daya tarikan luar biasa serta mampu memberi inspirasi kepada peminat serta masyarakat.

Dalam pada itu, pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei pula penerima trofi Personaliti Sukan Melodi.

Pasangan Akim Ahmad dan Stacy pula pemenang kategori Pasangan Sensasi Melodi.

Sementara itu, Anugerah Melodi 2016 turut memberi anugerah Personaliti Luar Negara kepada penyanyi terkenal Indonesia, Afgan.

Pelakon terkenal Korea Selatan, Park Go Bum pula diberi trofi Personaliti Drama Korea Paling Berpengaruh.

Sementara itu, malam anugerah itu dihangatkan dengan persembahan hebat penyanyi dari Indonesia seperti Afgan, Marcell dan Rizky Febian.

Manakala barisan penyanyi tempatan yang bakal mengadakan persembahan termasuk Amy Search, Mus May, Saleem, Sahara Yaacob, Francissca Peter, Misha Omar, Zamani, Black, Tomok, Sufian Suhaimi, Harris Baba dan Aiman Tino.

Barisan penyampai anugerah pula terdiri seperti Nana Mahazan, Cheryl Samad, Ziana Zain, Senario, Lisa Surihani, Diana Danielle, Amar Baharin, Amyra Rosli, Fizz Fairuz dan Ummi Nazeera.

Ia dihoskan oleh AG Hot FM.

Berikut adalah senarai penuh pemenang Anugerah Melodi 2016:

1. PERSONALITI FILEM MELODI

Zizan Razak

2. PERSONALITI MUZIK MELODI

Ayda Jebat

3. PERSONALITI DRAMA MELODI

Fattah Amin

4. PERSONALITI PENGACARAAN MELODI

Neelofa

5. PERSONALITI SUKAN MELODI

Datuk Lee Chong Wei

6. PERSONALITI KOMEDI MELODI

Jep Sepahtu

7. PASANGAN SENSASI MELODI

Akim & Stacy

8. PERSONALITI MEDIA SOSIAL MELODI

Ayda Jebat

9. PERSONALITI FESYEN MELODI

Nazim Othman

10. PERSONALITI SENSASI MELODI 2016 (Anugerah Utama)

Ayda Jebat

-mStar Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");