Perak Hari Ini

Miliki Cecair Vape Bernikotin, Peniaga Didenda RM1,200

IPOH: Seorang peniaga hari ini didenda RM1,200 di Mahkamah Majistret, di sini, selepas didapati bersalah terhadap dua pertuduhan memiliki dan menjual cecair yang mengandungi Nikotin pada November tahun lalu.

Majistret, Siti Hanum Mohmad Sah menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Meor Sukri Meor Osman, 39, dan turut memerintahkan agar tertuduh dipenjara tujuh hari sekiranya gagal menjelaskan denda terbabit.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati memiliki 14 botol cecair yang mengandungi racun jenis Nikotin tanpa kebenaran di premis miliknya di Jalan Ampang Baru 6C, Pusat Perdagangan Ampang Baru di sini, pada 5 November 2015 jam 3.00 petang.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 13 (a) dan Seksyen 13 (b) Akta Racun 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 32 (2) akta yang sama yang memperuntukan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Tertuduh bagaimanapun dibebaskan selepas menjelaskan denda tersebut.

Pendakwaan telah dibuat oleh Pegawai Pendakwa dari cawangan Penguatkuasa Farmasi negeri Perak, Mohd Faiz Abdullah Sahimi, manakala tertuduh diwakili oleh peguam, Ahmad Shamil Azad Abdul Hamid.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");