Panasnya Hari Ini

PAS Minta PPBM Tinggalkan DAP Dan PAN, Tindakan Merugikan

KUALA LUMPUR:Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob menyifatkan tindakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bersama dengan DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) adalah sesuatu yang merugikan parti itu.

Memetik sumber Berita harian, ujarnya DAP hanya memperalatkan Penasihat PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk kepentingan politik mereka untuk Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14).

Berikutan itu, Ahmad meminta PPBM meninggalkan DAP dan PAN bagi membolehkan kerjasama dengan PAS menjadi kenyataan. “Tinggalkan DAP dan PAN…. PPBM bersama PAS adalah lebih baik.

“Apa yang kita (PAS) lihat DAP hanya memperalatkan Dr Mahathir untuk meraih sokongan orang Melayu yang menyokong PPBM,” katanya kepada pemberita pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai PPBM yang bekerjasama dengan DAP untuk menghadapi PRU14 sekali gus menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Malah ujarnya sehingga kini, belum ada keputusan rasmi antara PAS dan PPBM untuk bekerjasama bagi membentuk pakatan pembangkang baharu bagi menghadapi PRU14.

Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, DAP sentiasa mahu mengambil peluang untuk memperalatkan sesiapa sahaja termasuk Dr Mahathir bagi memastikan agenda untuk meraih sokongan orang Melayu kepada parti itu menerusi PPBM tercapai.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");