Jenayah

Pencari udang ditemui selamat

Kuala Terengganu: Misteri kehilangan Muhammad Anuar Elias,34, sejak 14 hari lalu, terjawab apabila dia ditemui selamat di kawasan belukar di Kampung Losong Atap Zin , malam tadi.

Mangsa ditemui rakannya selepas dia muncul dari belukar di tepi jalan kira-kira 100 meter dari pondok tempat dia menginap, kira-kira 7.45 malam.

Muhammad Anuar yang ditemui dalam keadaan lemah, mendakwa berada di pulau berhampiran sejak hilang dua minggu lalu.

Sejurus ditemui mangsa diberi minuman dan makanan sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk rawatan.

Sejak hilang, pencari udang itu dikhuatiri jatuh ke dalam Sungai Terengganu dan kali terakhir dilihat rakannya berjalan ke pondok tempat dia tidur di tepi sungai, kira-kira 3 pagi.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");