Membawang Hari Ini

Penuh unsur seram klasik

Dalam filem ini, pengarah cuba memberi konsep segar dengan menambah elemen yang pernah disuntik dalam beberapa filem terdahulu seperti The Cell dan Inception, dengan menyelami minda separa sedar dan selesaikan isu yang wujud.

Bunyinya menarik tetapi ia hanya kecantikan luaran sahaja. Jujurnya, pengkisahan sebegini sudah lama wujud sebagai sub-genre filem seram terutama The Exorcist (1973) yang dihasilkan dalam pelbagai cara.

Disebabkan itu, Incarnate tidaklah sesegar diharapkan, hanya sebuah filem yang dicampur aduk elemen tadi lantas menjadikan ia seolah-olah baharu.

Dari segi suntingan, ia seolah sang pengarah cuba menghasilkan program realiti mengenai Operasi Botched. Dari situ, penonton dapat lihat dari segi pembikinan bajet rendah tetapi masih berupaya menghibur.

Untuk menghasilkan filem berkisar mengenai menyelami minda separa sedar seseorang sebenarnya tidak mudah. Kebanyakan filem yang terhasil sebelum ini terlalu fokus pada bagaimana proses itu berlaku. Hal hampir sama berlaku dalam filem ini apabila watak Dr Ember terlalu fokus pada kesukarannya untuk mengabaikan kisah silam.

Sebaik saja babak mulai menjadi menarik, masa tontonan kita pun hampir tamat.

Incarnate bukan sekadar filem seram pasal rasukan roh jahat tetapi ia menyelitkan kaedah saintifik dan metafizik mengenai watak Dr Seth Ember (lakonan Aaron Eckhart).

Walaupun cacat, Dr Ember mempunyai keupayaan masuk ke minda manusia apabila dia berada dalam keadaan tidur. Dia menggunakan bakat itu untuk menghalau entiti jahat dalam pesakitnya.

Malangnya, apabila bertemu dengan seorang pesakit lain, dia berdepan dengan iblis yang pendendam. Iblis itu adalah iblis sama yang bertanggungjawab menyebabkan kematian anak dan isterinya setahun lalu.

Peluangnya cerah apabila ahli Vatican, lakonan Catalina Sandino Moreno menemuinya tetapi malangnya iblis yang diburu kini merasuki tubuh seorang kanak-kanak lelaki lakonan David Mazouz.

INFO

• FILEM: Incarnate

• ARAHAN: Brad Peyton

• PELAKON: Aaron Eckhart, Carice van Houten, Catalina Sandino Moreno, David Mazouz

• GENRE: Seram

• TAYANGAN: 1 Disember 2016

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");