Berita Hari Ini

Pindah operasi ke UTC Kota Bharu

Kota Bharu: Jabatan Imigresen Malaysia Kelantan (JIMK) memindahkan semua operasi Bahagian Keselamatan dan Passport dari Wisma Persekutuan ke Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini, hari ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, JIMK berkata, pemindahan itu susulan operasi di UTC yang dibuka sejak 7 Ogos lalu.

“Bagaimanapun, urusan lain berkaitan pekerja asing, permohonan visa, pas dan permit masih beroperasi di tempat lama iaitu Wisma Persekutuan.

“Waktu operasi jabatan di UTC bermula pada jam 8.30 pagi hingga 10 malam, setiap hari kecuali Hari Pelepasan Am,” katanya.

Sejak beroperasi tiga bulan lalu, JIMK sudah berjaya menarik sejumlah pengunjung berdasarkan pengeluaran dokumen sebanyak 24,706.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");