Berita Hari Ini

Rizab antarabangsa BNM RM399.6b 30 November

KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM399.643 bilion (bersamaan AS$96.4 bilion) pada 30 November 2016 berbanding RM407.839 bilion (bersamaan AS$98.3 bilion) setakat 15 November 2016.

Penurunan paras rizab antarabangsa itu mencerminkan penyaluran mudah tunai sokongan ke dalam pasaran pertukaran asing, menurut BNM dalam kenyataan hari ini.

Menurut BNM, paras rizab pada 30 November 2016 itu adalah memadai untuk membiayai 8.3 bulan import tertangguh dan ialah 1.2 kali hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (AS$89.1 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$0.8 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$1.1 bilion), emas (AS$1.6 bilion) dan aset rizab lain (AS$3.8 bilion).

Aset bank pusat termasuk emas, pertukaran asing dan rizab-rizab lain termasuk (SDR) berjumlah RM399.6 bilion, kertas kerajaan Malaysia (RM3.576 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM1.579 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM7.719 bilion), tanah dan bangunan (RM2.113 bilion) dan aset-aset lain (RM8.253 bilion).

Modal dan liabilitinya terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM123.832 bilion), mata wang dalam edaran (RM92.683 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM175.717 bilion), deposit oleh kerajaan persekutuan (RM4.242 bilion), deposit lain (RM395.807 juta), kertas Bank Negara (RM6.638 bilion), peruntukan SDR (RM7.759 bilion) dan liabiliti lain (RM11.517 bilion).

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");