Jenayah

Samun lima dulang emas

BAGAN SERAI – Sebuah kedai emas disamun, manakala dua das tembakan dilepaskan dua penjenayah bertopeng dalam satu kejadian rompakan di jalan Sepakat, di sini pagi tadi.

Pemilik premis, Fong Kok Heng,51, berkata, kejadian berlaku jam 11.35 pagi dan sejumlah lima dulang berisi barang kemas dilarikan suspek dalam tempoh sepuluh minit.

Menurutnya, kesemua suspek dipercayai seramai empat orang, menaiki kereta dan melepaskan dua tembakan daripada senjata api dibawa dalam kes itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob ketika ditemui di lokasi kejadian mengesahkan kes dan menegaskan siasatan masih dijalankan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");