Jenayah

Seorang maut, tiga lagi cedera dalam kemalangan

SUNGAI DUA: Seorang maut manakala lima lain cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Permatang Tiga, Sungai Lokan awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.20 pagi itu, terdapat sebuah kereta dari arah Permatang Tiga menghala ke Sungai Lokan dipercayai telah hilang kawalan akibat bergesel dengan sebuah kenderaan lain.

Menurut sumber, akibat daripada itu kereta itu terbabas lalu bertembung dengan kereta yang dinaiki mangsa yang datang dari arah bertentangan.

“Mangsa, kereta yang dinaiki Muhammad Uwais Abdul Rizal,12, bersama ibu bapanya serta tiga adiknya ketika itu dari arah Pekan Darat.

“Kejadian mengakibatkan Muhammad Uwais maut dipercayai akibat mengalami kecederaan parah di bahagian kepala manakala lima yang lain mengalami cedera ringan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komissioner Azmi Adam berkata mangsa yang mengalami kecederaan parah kemudiannya dikejarkan ke Hospital Kepala Batas.

“Mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 1.45 pagi di Hospital Kepala Batas, lima mangsa yang lain yang mengalami cedera ringan turut dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) (A) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");