Membawang Hari Ini

Sheila Rusly: Industri seni Malaysia bukan main-main

SEJAK dijemput menjadi juri dan speaker untuk Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) buat kali pertama sejak 2014, pelakon dan penerbit, Sheila Rusly mengakui harapannya untuk DFKL 2017 nanti adalah tinggi.

Katanya, pada edisi DFKL 2016 lalu, enam pemenang DFKL telah dilahirkan dan kekal mewarnai dunia lakonan tempatan hingga kini iaitu Syazuwan Hassan, Amirul Faqeem, Nafiz Muaz, Shuhanty, Jaja Iliyes dan Indah Emeerlda.

Jadi sudah tentunya, harapan untuk melihat lebih ramai anak muda berbakat untuk hadir ke sesi uji bakat nanti adalah besar, memandangkan dunia seni tempatan kita kini ketandusan pelakon baru versatil yang boleh menjadi pelapis kepada pelakon senior sedia ada.

“Harapan saya sentiasa tinggi. Apabila kita dapat melahirkan enam bintang baru ini dan mereka sudah diberi peluang untuk muncul di dalam kebanyakan drama terbitan TV3, ia membuktikan bahawa DFKL ada sesuatu yang serius.

“Juri dan speakers yang dijemput turut gigih berusaha cuba memperkembang bakat buat pelakon muda yang memilih pentas ini sebagai platform untuk menjadi seorang bintang. Jadi, mereka yang hadir ke sesi uji bakat nanti pun saya harap mereka bersedialah.

“Lebih penting, industri seni Malaysia bukan main-main. Bagi mereka yang mahu terjun dalam dunia seni khususnya yang berangan-angan mahu terlibat di DFKL nanti perlu ada kesungguhan, buat homework dan punya sedikit ilmu untuk dipersembah kepada juri nanti.

“Saya tak suka bila ada yang hadir ibarat belum bersedia, datang selekeh dengan berselipar, tidak bersolek bagi peserta wanita dan sebagainya.

“Kamu mahu diangkat sebagai bintang. Jadi adalah wajar untuk kamu agar mempamerkan apakah ‘x-factor’ yang ada,” katanya yang ditemui di majlis pelancaran DFKL 2017 baru-baru ini.

Selain berkongsi mengenai harapannya dalam DFKL tahun hadapan, Sheila yang sedia dikenali sebagai penerbit yang gemar mengasah bakat pendatang baru mengakui, dia tidak hanya mengambil pelakon baru yang ‘boleh jual’ semata-mata.

Sebaliknya, dia lebih memilih pelakon muda yang punyai looks, bakat dan kesungguhan dalam berlakon, kerana ia merupakan senjata paling ampuh buat mereka untuk terus kekal relevan dalam arena lakonan tanah air.

“Tidak bermakna bila saya kata kena ada looks, mereka perlu sempurna. Bukan begitu. Tetapi biarlah ada sedikit rupa, ketinggian dan bakat. Paling utama ialah kesungguhan. Kalau kamu hanya ada semua tu tapi tak ada kesungguhan, kamu akan ‘ke laut’.

“Tapi kalau kamu kurang bakat namun ada kesungguhan untuk belajar dan terus belajar, Insya-ALLAH lama-lama kamu akan jadi bagus dengan dorongan dan tunjuk ajar dari penggiat seni yang berpengalaman.

“Namun kena ingat, sebelum harapkan kami untuk lonjakkan nama kamu, diri sendiri pun perlu berusaha dengan gigih, pastikan diri boleh berlakon dan punya jiwa untuk belajar,” kata Sheila yang kini sibuk bersama suami, Jinggo mengarahkan drama 20 episod, Misteri Wan Peah yang bakal ditayangkan di TV3 tahun hadapan.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");