Sukan Hari Ini

Sonia halangan terakhir Jin Wei di pentas final

PEMAIN perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei hanya selangkah lagi untuk mencapai gelaran sulung pada saingan Grand Prix (GP) Akhir Sirkit Kebangsaan apabila berjaya ke pentas final selepas menundukkan Ho Yen Mei, semalam.

Dengan ketiadaan juara bertahan, Tee Jing Yi yang tewas mengejut pada satu lagi aksi separuh akhir semalam, peluang Jin Wei juga dilihat lebih cerah untuk mendakap kejuaraan itu selepas gagal pada edisi sebelum ini.

Halangan terakhir Jin Wei ialah pemain senior, Sonia Cheah yang mengejutkan juara empat kali Jing Yi dengan kemenangan rubber set 19-21 21-14 21-18 dalam masa sejam.

“Sudah tentu saya mahu gelaran tersebut selepas gagal edisi lepas dan saya tak akan lepaskan peluang itu. Tapi saya juga tak mahu terlalu yakin kerana saya jangka aksi final esok pasti sukar.

“Sonia adalah senior saya dan saya menghormatinya. Dia mempunyai banyak pengalaman beraksi dalam kejohanan antarabangsa, jadi saya rasa bukan mudah untuk bertemu dengannya.

“Saya cuma harap dapat bermain baik dan hanya kekuatan mental akan menentukan kejuaraan,” katanya selepas memerlukan 39 minit untuk melakar kemenangan 21-19, 22-20 ke atas Yen Mei dalam perlawanan separuh akhir yang berlangsung di Stadium Bukit Kiara.

Sementara itu, beregu campuran negara, Tan Kian Neng-Lai Pei Jing juga tidak berdepan masalah untuk melangkah pe final apabila mudah menyingkirkan Tan Chee Tean-Chow Mei Kuan 21-10 21-14 dan akan menentang Hoo Pang Ron-Shevon Lai dalm pemburuan gelaran juara.

Bagi aksi final beregu lelaki, ia menyaksikan pertemuan antara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi menentang Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohamed Rumsan manakala Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean bertemu Amelia Alicia Anscelly-Teoh Mei Xing bagi perebutan gelaran juara dalam saingan beregu wanita.

Pemburuan gelaran juara bagi acara perseorangan lelaki pula menyaksikan pertembungan antara Chong Yee Han Lim Chi Wing.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");