Berita Hari Ini

Sumbangan untuk etnik Rohingya dihantar tidak lama lagi

KUALA LUMPUR: Malaysia akan menghantar bantuan kemanusiaan kepada etnik Rohingya di Myanmar dalam tempoh terdekat.

Presiden Kelab Putra 1Malaysia, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim, berkata semua sumbangan yang dikumpul pelbagai pihak di negara ini akan dikumpulkan sebelum dihantar ke Myanmar.

“Semua sumbangan sama ada menerusi Kumpulan Media Prima Berhad (MPB), Utusan-Tabung Haji dan sebagainya akan dihimpunkan sebelum kita hantar.

“Kita harap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menggesa Bangladesh buka pintu sempadan untuk memudahkan penghantaran bantuan kerana ketika ini kita cuma boleh menghantar melalui Myanmar,” katanya.

Terdahulu, Abdul Azeez berkongsi cabaran menghantar bantuan kepada etnik Rohingya sebelum ini, antaranya terpaksa menyerahkan sebahagian bantuan dibawa kepada kumpulan pelampau sebelum dibenarkan meneruskan perjalanan.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");