Panasnya Hari Ini

Surat Layang, Ada Cubaan Pecah-Belahkan Kepimpinan

KUALA LUMPUR:Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, menyifatkan tindakan penyebaran surat layang kononnya Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan, merupakan cubaan pihak tertentu untuk memecah-belahkan kepemimpinan negara dan UMNO.

Memetik sumber Berita harian, keakraban yang dipamerkan oleh dua pemimpin itu dan segala perancangan untuk membangunkan negara berkemungkinan menimbulkan rasa tidak senang hati sesetengah pihak.

“Mungkin ini cara mereka, termasuk juga kepada saya (selaku Setiausaha Agung UMNO), macam-macam fitnah yang ditaburkan.

Jangan cuba nak lagakan kepemimpinan yang ada kerana pada pandangan saya, Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri tiada masalah.

“Kita sokong Presiden (UMNO) tanpa berbelah bahagi dan tiada niat untuk menjatuhkan beliau. Pada kita, Datuk Seri Najib Razak seorang Perdana Menteri yang sanggup mendengar, menyelesaikan masalah masyarakat, membuat penambahbaikan dan sanggup menerima kesilapan lampau pemimpin terdahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melepaskan kira-kira 700 peserta Program Penutup Kayuhan Basikal Komuniti Putrajaya 2016, hari ini.

Katanya, UMNO dikenali sebagai sebuah parti yang bersatu dan disebabkan itu ada pihak cuba mengganggu keutuhan berkenaan.

“Jangan terima fitnah ini dan kepada sesiapa yang menyebar, berhentilah, tiada gunanya,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");