Panasnya Hari Ini

Tangguh Dahulu Perjanjian Projek HSR

KUALA LUMPUR : Pakatan Harapan meminta kerajaan menangguhkan pemeteraian perjanjian projek keretapi berkelajuan tinggi (HSR) dengan kerajaan Singapura yang dijadualkan pada 21 Disember ini.

Menerusi satu kenyataan bersama oleh tiga parti komponen dalam Pakatan Harapan, penangguhan itu perlu dilakukan sehingga suatu kajian yang terperinci, kukuh dan telus untuk membuktikan kemampanan projek tersebut.

“Disebabkan pendapatan yang bakal dijana akan dikongsi antara Malaysia dan Singapura, kerajaan perlu membentangkan pelan kewangan terbuka kepada rakyat tentang nisbah pendapatan yang akan diperoleh Malaysia serta bagaimana kos pembinaan akan ditanggung antara dua pihak.

“Projek ini melibatkan kewangan negara yang besar dan banyak tanah rakyat dijangka akan diambil oleh kerajaan bagi membina landasan HSR yang baru. Oleh itu, kerajaan tidak boleh merahsiakan maklumat projek ini seperti negara dunia ketiga,”kata kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Sim Tze Tzin (PKR), Dr Hatta Ramli (AMANAH) dan Dr Ong kian Ming (DAP).

Memetik kenyataan itu lagi, kini terdapat kira-kira 45 penerbangan antara Kuala Lumpur – Singapura setiap hari yang bermaksud kapasiti pengangkutan udara harian antara dua negara ini ialah 9,000 orang jika setiap penerbangan boleh mengambil 200 penumpang.

“Apakah Malaysia perlu mengambil risiko dengan membekalkan kapasiti 18,265 penumpang HSR? Ini merupakan dua kali ganda kapasiti pengangkutan udara sedia ada tetapi pulangannya hanya mampu membayar faedah pinjaman biarpun tiket dijual habis setiap hari?

“Pakatan Harapan menyeru kerajaan agar tidak mengorbankan kepentingan rakyat dengan membuat pelaburan yang tidak bijak,”katanya.

Ujarnya lagi, adalah lebih wajar untuk kerajaan memberi tumpuan kepada sistem tren ETS KTM dan tidak melaksanakan HSR yang akan memberi persaingan kepada ETS.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");