Jenayah

Terkilan anak angkat diambil semula

MELAKA: Pasangan suami isteri di Kampung Tampoi, Krubong, di sini, terkilan apabila anak angkat yang dibela sejak setahun lalu diambil semula ibu kandung bayi terbabit tanpa sebarang perbincangan.

Sham Kamat, 49, berkata, dia dan isterinya memelihara Adam Putra sejak bayi berkenaan berusia tujuh hari.

Ketika itu, katanya, ibu kandung bayi berkenaan berusia lingkungan 20-an datang ke rumahnya bersama dua lelaki tidak dikenali menaiki sebuah kereta.

“Sebelum ini, perkenalan saya dengan wanita itu bermula di tempat kerjanya di Cheng.

“Sebaik dia mengandung, dia berjanji mahu memberikan saya bayi itu dengan alasan sukar untuk memeliharanya, ditambah pula statusnya berada di negara ini tanpa dokumen sah.

“Sampailah bayi itu dilahirkan dia serah kepada saya. Sebagai balasan, saya telah menanggung segala kos sepanjang di hospital yang berjumlah lebih RM3,000,” katanya.

Menurutnya, kira-kira 2.30 petang kelmarin, wanita berkenaan datang ke rumahnya dan berhasrat mahu membawa Adam keluar bersiar-siar di luar.

Bagaimanapun, katanya, isterinya tidak membenarkannnya.

“Ketika isteri saya berada di dapur bagi menyiapkan hidangan untuk tetamu, wanita itu mengambil kesempatan melarikan anak itu.

“Kami berusaha hubungi wanita berkenaan menerusi telefon bimbitnya tetapi tidak berjawab,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Berikutan kejadian itu, Sham membuat laporan di Balai Polis Tanjung Minyak, di sini kerana bimbang keselamatan bayi tersebut.

“Saya bimbang kerana kerana sejak dilahirkan Adam selalu mengalami masalah lelah dan sentiasa dibawa mendapatkan rawatan secara berjadual setiap bulan di klinik,” katanya.

Sham turut merayu orang ramai yang terlihat dengan kes itu atau mengetahui di mana bayi berkenaan berada supaya dapat menghubungi balai polis berhampiran.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");