Berita Hari Ini

Tiada amaran ribut petir di seluruh negara

KUALA LUMPUR: Tiada amaran ribut petir atau hujan lebat di semua negeri seluruh negara hari ini, lapor Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Bagaimanapun, menurut laporan yang dikemaskini pada jam 4.21 pagi tadi, ribut petir dijangka berterusan hingga lewat pagi ini di perairan Reef South, Labuan, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Sarawak dan di Pantai Barat Sabah.

Keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang berkelajuan mencecah sehingga 50 kilometer sejam (km/j) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter sehingga berbahaya kepada bot kecil.

Selain itu, angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40 hingga 50 km/j dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter juga dijangka berlaku di kawasan perairan Condore, Reef North dan Layang-Layang berterusan hingga Ahad ini.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut,” kata laporan itu.

Sementara itu, MetMalaysia melaporkan satu gempa bumi kuat berlaku pada jam 1.38 pagi tadi di Kepulauan Solomon.

Gempa berukuran 8.3 skala Ritcher itu terletak 59 kilometer (km) dari Barat Daya Kirakira di Kepulauan Solomon dan 5,037 km di tenggara Semporna, Sabah. Namun, gempa itu tidak menyebabkan ancaman tsunami terhadap Malaysia.-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");