Jenayah

Tiga sekawan dituduh membunuh

SEREMBAN: Tiga sekawan yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban pagi tadi berdepan hukuman gantung sampai mati jika disabit bersalah atas pertuduhan membunuh seorang lelaki warganegara India bulan lalu.

Tertuduh S.Kumaravelan, 22, P.Tanabalan, 42 dan R.Kamaraj, 26, hanya mengangguk faham selepas mendengar kertas pertuduhan dibacakan dalam bahasa tamil oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, mereka bersama-sama pada 27 November lalu, jam lebih kurang antara 3.30 petang hingga 8 malam di hadapan rumah kosong di Taman Bandar Seremban Selatan dekat sini telah membunuh M.Selvam, 39.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan bagi kesalahan tersebut yang dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Majistret Rahimah Rahim menetapkan 4 Januari tahun depan sebagai sebutan semula kes bagi laporan kimia.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");