Jenayah

Yakin dapat tahan baki 5 suspek

Kota Bharu: Polis yakin baki lima suspek yang terbabit kes tetak penarik kereta hingga mati di Tanah Merah, kelmarin akan dapat diberkas dalam masa terdekat.

Ia susulan penahanan seorang lelaki berusia 30 tahun, semalam.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, suspek berasal dari Pasir Puteh kini ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga Sabtu, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Penahanannya akan membantu siasatan polis dalam memberkas baki lima lagi suspek yang masih bebas.

“Kita percaya semua suspek masih berada dalam negeri dan siasatan lanjut yang dibuat akan lebih berfokus dalam dua tiga hari ini.

“Buat masa ini kita hanya tahu motif pembunuhan umum iaitu dendam,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, di sini, hari ini.

Harian Metro semalam melaporkan seorang lelaki, 30, ditahan pada 11.45 pagi di Jalan Bayam, di sini selepas disyaki terbabit kes pembunuhan berkenaan.

Siasatan awal turut mendapati dia mempunyai tiga rekod jenayah lampau iaitu membabitkan kesalahan memiliki senjata api dan peluru; mendatangkan kecederaan dengan pedang dan parang serta pernah dihukum oleh mahkamah kerana mencuri kenderaan.

Pada 2 pagi Jumaat, Wan Daud Wan Ishak, 48, mati dengan kesan tetakan di badan termasuk pergelangan tangan kanan hampir putus selepas diserang enam lelaki di rumahnya di Kampung Air Merah, Batu Gajah dekat Tanah Merah.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");