Jenayah

4 cedera nahas 6 kenderaan

Kangar: Empat pemandu kereta cedera dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan di Jalan Kangar-Alor Setar di hadapan Dataran Keris, di sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kangar Superintendan Wari Kiew berkata, dalam kejadian 7.55 pagi itu, sebuah bas henti-henti yang dipercayai mengalami masalah brek rosak merempuh lima kenderaan lain yang berhenti di persimpangan lampu isyarat.

Beliau berkata, bas terbabit dari pusat bandar Kangar menghala ke Alor Setar.

“Siasatan awal mendapati kemungkinan sistem brek bas tidak berfungsi dengan sempurna menyebabkan ia melanggar kereta jenis Perodua Myvi di hadapannya sebelum berlaku pelanggaran lain membabitkan sebuah lagi bas serta tiga kereta masing-masing dua Perodua Myvi dan satu Perodua Kancil.

“Ada sebuah lagi bas yang berhenti menunggu lampu isyarat merah di hadapan ketiga-tiga kereta terbabit menyebabkan semuanya dihimpit di tengah-tengah antara kedua-dua bas terbabit,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Katanya, kemalangan itu menyebabkan empat pemandu kereta berkenaan dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk menjalani rawatan.

“Mereka mengalami kecederaan ringan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat kemalangan berkenaan,” katanya.

Wari berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1), Akta Pengangkutan Jalan raya (APJ) 1987.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");