Isu Panas

Agak mustahil untuk parti lain ikut cara Pas

KOTA BHARU: Pas perlu ada kemahuan politik yang tinggi bila ingin membentuk satu kerjasama dengan parti-parti pembangkang yang lain.

Pensyarah Politik dan Hubungan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Rusdi Omar berkata, parti itu juga perlu ketepikan kepentingan politik jika ingin bersatu dalam satu pakatan.

Menurutnya, agak mustahil untuk parti pembangkang lain menerima kerjasama yang dibuat jika perlu mengikut cara Pas yang dianggap sudah tidak relevan dengan keadaan semasa.

“Kalau Pas buat pendekatan sedemikian untuk bekerjasama, mungkin parti-parti pembangkang lain sukar untuk menerima Pas dalam pakatan mereka, ini satu kerugian kepada Pas dalam jangka masa panjang.

“Parti lama tidak semestinya mereka merupakan parti yang dominan dan parti-parti pembangkang lain kena ikut cara Pas. Sepatutnya Pas kena cermin dan lihat parti mereka dari segi prestasi dalam pilihan raya-pilihan raya yang lalu,” katanya.

Terdahulu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata, mana-mana parti pembangkang yang ingin bekerjasama dengan parti itu perlu mengikuti rentak dan cara mereka.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");