Isu Panas

BN Sarawak sudah ada bakal calon di Tanjong Datu – Rundi

KUCHING: Barisan Nasional (BN) Sarawak mempunyai beberapa calon yang dikenal pasti boleh bertanding mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Tanjong Datu.

Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Dr Stephen Rundi Utom berkata beliau bagaimanapun menyerahkan kepada Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg untuk mengumumkan nama calon berkenaan.

“Mesyuarat Majlis tertinggi PBB yang akan menentukan siapa calon yang akan dipilih untuk bertanding kerusi itu, mesyuarat akan diadakan pada Sabtu ini,” katanya.

Rundi yang juga Menteri Kemudahan Awam berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Istiadat Angkat Sumpah Pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Menteri-menteri Muda Negeri Sarawak di Dewan Lapau bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Petra Jaya hari ini.

Pilihan raya kecil DUN Tanjong Datu akan diadakan pada 18 Feb berikutan kematian penyandang kerusi itu, Ketua Menteri Sarawak kelima Tan Sri Adenan Satem, akibat komplikasi jantung pada 11 Jan lepas.

Sementara itu, Menteri Kerajaan Tempatan Datuk Prof Dr Sim Kui Hian daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) mengucapkan terima kasih kepada Abang Johari kerana mengekalkan beliau dalam Kabinetnya.
“Saya menyokong kepimpinan Abang Johari sebagai ketua menteri dan berharap beliau akan meneruskan dasar yang diperkenalkan Allahyarham Tan Sri Adenan Satem,” katanya. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");