Perak Hari Ini

BR1M : Tun M Cuba Tempatkan Semula Dirinya Di Mata Rakyat

IPOH : Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad cuba untuk menempatkan semula dirinya di kalangan rakyat dengan mengatakan bahawa pakatan pembangkang akan meneruskan pemberian BR1M sekiranya memenangi PRU ke-14.

Timbalan Pengerusi Perhubungan Barisan Nasional Negeri Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, ini kerana, bekas perdana menteri itu sedar bahawa kesalahan dakwaan yang diberikan olehnya sebelum ini.

“Sebelum ini, beliau mengatakan BR1M itu rasuah yang bertujuan untuk mengajak rakyat tidak menerima BR1M. Apabila rakyat tidak menerima BR1M, ianya bermakna rakyat menolak program Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atau dalam erti kata lain, rakyat menolak Najib.

“Tetapi apabila beliau mendapati bahawa satu kajian ilmiah yang dilakukan dan mendapati 85 peratus penerima BR1M ini baik dan perlu diteruskan, sedarlah beliau bahawa andaian beliau itu salah,”katanya dalam satu sidang media, hari ini.

Saarani yang juga Exco kerajaan negeri berkata, berikutan itu, bagi membolehkan Dr Mahathir menempatkan dirinya di kaca mata rakyat Malaysia, maka beliau memberitahu bahawa pembangkang juga akan memberi wang kepada rakyat.

“Dr Mahathir adalah Machiavelli yang sebenar iaitu orang yang mengamalkan matlamat menghalalkan cara.

“Dia tidak peduli asalkan matlamat beliau tercapai,”tegasnya.

Terdahulu, Dr Mahathir menerusi blog beliau dan ucapannya mendakwa pemberian BR1M adalah satu rasuah daripada kerajaan.

Bagaimanapun, beberapa pemimpin UMNO dan Barisan Nasional membidas kenyataan tersebut.

Pada Majlis Pelancaran PPBM baru-baru ini, Dr Mahathir kemudiannya dilapor mengubah pendiriannya mengenai bantuan tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");