Panasnya Hari Ini

Bukan DAP Minta Jawatan TPM, Tapi MCA – Tun M

KUALA LUMPUR : Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa, beliau tersilap dalam membuat kenyataan sebelum ini berhubung DAP menginginkan jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Sebaliknya, beliau berkata, yang menginginkan jawatan tersebut adalah parti komponen dalam Barisan Nasional (BN), MCA.

“Saya telah dilaporkan berkata bahawa DAP telah meminta untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri.

“Saya ingin membetulkan kesilapan tersebut. Bukan DAP, tetapi MCA,”katanya menerusi blog beliau.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berkata, beliau mengubah kenyataannya itu berdasarkan laporan di laman sesawang Jabatan Penerangan Malaysia.

Menerusi kenyataan itu, Timbalan Setiausaha Agung MCA, Datuk Loke Yuen Yow pada 2009 yang menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri.

“Datuk Loke Yuen Yow menggesa Perdana Menteri mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Pengerusi BN untuk diisi presidennya bagi mencerminkan ‘perkongsian kuasa sebenar’,”kata laporan tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");