Berita Hari Ini

Denggi ragut 2 nyawa pada minggu pertama 2017

PUTRAJAYA: Minggu pertama 2017 mencatatkan 1,663 kes demam denggi, termasuk dua kematian dalam minggu pertama 2017 berbanding berbanding 3,337 kes termasuk empat kematian bagi tempoh sama tahun lalu.

Sementara itu, 10 negeri menunjukkan peningkatan kes denggi berbanding minggu sebelumnya iaitu 42 kes di Pahang, Melaka (42 kes), Kedah (11 kes), Kuala Lumpur dan Putrajaya (83 kes), Johor (84 kes), Perak (53 kes), Sabah (24 kes) Kelantan (24 kes), Selangor (268 kes) serta enam kes di Pulau Pinang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan hari ini, berkata gejala denggi sehingga penghujung 2016 terus menunjukkan peningkatan.

“Pelbagai langkah dijalankan pihak kerajaan termasuk usaha kementerian dan agensi yang terbabit dalam Pasukan Petugas Khas Denggi untuk menangani isu denggi yang semakin meruncing ini.

“Tindakan bersepadu ini menunjukkan hasil yang positif di mana pada 2016, bilangan kes denggi berjaya diturunkan sebanyak 16 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Isu denggi membabitkan kebersihan persekitaran dan masyarakat perlu mengamalkan kegiatan ‘Cari dan Musnah’ tempat pembiakan nyamuk pada setiap minggu, selain menjaga kebersihan persekitaran, sekali gus memungkinkan denggi dikurangkan pada 2017,” katanya.

Tambah Dr Noor Hisham, bekas plastik dikenal pasti menjadi bekas pembiakan utama iaitu 18.3 peratus, diikuti tong (11.5 peratus), tayar (8.5 peratus) dan baldi (6.9 peratus).

Projek rumah terbengkalai mencatatkan indeks pembiakan tertinggi atau premis berisiko jangkitan denggi, diikuti tanah lot kosong, taman permainan/rekreasi, kilang, tapak pembuangan sampah dan tapak binaan.

Sementara itu, berdasarkan laporan terkini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 5 Januari lalu, terdapat 75 buah negara yang melaporkan jangkitan Zika manakala di Malaysia, terdapat lapan kes disahkan positif Zika dari 1 September 2016 sehingga 31 Disember 2016.

Bagaimanapun, pemantauan sistem survelan virus Zika oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dari 1 Januari sehingga 7 Januari lalu mendapati keputusan ujian bagi 24 sampel darah dan air kencing yang diuji daripada pesakit menunjukkan gejala virus Zika adalah negatif.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");