Jenayah

Dua Lelaki Ditahan, Simpan Pisau 16sm

KUALA LUMPUR:Polis menahan dua lelaki selepas yang kelihat mencurigakan berhampiran Jalan Ampang malam tadi.

Memetik sumber Berita Harian, kedua-dua lelaki itu berusia lingkungan 20-an telah ditahan sepasukan anggota yang melakukan rondaan cegah jenayah samun dan ragut di sekitar kawasan itu pada jam 10.20 malam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sukri Kaman, berkata pemeriksaan pada badan kemudian menemui sebilah pisau spring jenama MEINOU 702 sepanjang 16 sentimeter (sm) daripada seorang suspek.

“Semakan mendapati kedua-dua mereka tidak mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Ujian kencing juga mendapati kedua-dua suspek positif dadah.

Mereka ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 7(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1972.

foto/berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");