Sukan Hari Ini

Final hoki: Malaysia tewas kepada Ireland

MALAYSIA Tigress sekali lagi gagal mengatasi pasukan favourite Eropah, Ireland, pada Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia Wanita (WHWL) selepas tewas 0-3 pada final di sini malam tadi.

Ini merupakan kakalahan kedua Malaysia kepada Ireland pada kejohanan itu selepas tewas 1-2 dalam perlawanan Kumpulan B pada Isnin di venue yang sama, Stadium Hoki Tun Razak, di sini.

Kedua-dua pasukan cuba mencipta peluang melalui hantaran bola turun naik tetapi penjaring utama kejohanan Anna O’Flanagan membuka jaringan untuk Ireland mendahului selepas berjaya menghasilkan gol pada minit ketujuh.

Malaysia Tigress kemudian bertindak dengan melakukan asakan dalam usaha untuk menyamakan kedudukan tetapi Nuraini Abdul Rashid gagal menyempurnakan pukulan penalti dua minit kemudian.

Skuad The Green Army kemudian menambah jaringan pada minit ke-10 melalui ketua pasukan Kathryn Mullan, yang bertindak cemerlang melepasi barisan pertahanan Malaysia dari garisan kotak penalti.

Ireland seterusnya mendahului 2-0 apabila pasukan tuan rumah gagal memanfaatkan dua pukulan suduty penalti.

Zoe Wilson kemudian menambahkan gol untuk pasukan pelawat pada minit ke-35 untuk melengkapkan kemenangan.

Malaysia, yang menduduki ranking ke-21 dunia, melangkah ke final selepas menundukkan satu lagi pasukan pilihan Eropah dan pasukan nombor 15 dunia, Itali menerusi penentuan penalti shoot out selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 selepas tamat perlawanan.

Ireland pula mengatasi Wales 2-0.

Terdahulu, dalam dalam aksi suku akhir, Malaysia menewaskan Thailand 3-0 selepas pada Khamis membelasah Hong Kong 9-0 dan menumpaskan Kazakhstan 13-1 dalam dua lagi perlawanan Kumpulan B.

Bagaimanapun, Malaysia dan Ireland layak secara automatik ke pusingan Separuh Akhir WHWL di Belgium dari 21 Jun hingga 2 Julai dan Afrika Selatan dari 8 hingga 23 Julai sebagai dua pasukan teratas pada kejohanan itu yang menjadi venue terakhir untuk layak ke Piala Dunia 2018.

Mengulas mengenai perlawanan itu, jurulatih kebangsaan Muhammad Dharma Raj Abdullah memberi puian kepada anak-anak buahnya kerana mempamerkan semangat juang yang tinggi ketika menentang pasukan nombor 21 dunia dan berikrar untuk memanfaatkan Separuh Akhir WHWL untuk layak ke Piala Dunia buat kali pertama sejak edisi sulung pada 1974.

“Mereka bermain dengan amat baik hari ini walaupun kali pertama beraksi di final. Bukan mudah untuk mencapai tahap ini, terutama menentang pasukan seperti Itali dan Ireland.

“Mereka mempunyai potensi besar untuk mencipta lebih banyak kejayaan dan apa yang diperlukan sekarang ialah pendedahan dan mengatur pertemuan menentang pasukan gergasi seperti Belgium, Jerman dan England,” katanya.

Sementara itu, penyerang muda Hanis Nadiah Onn telah dinobatkan sebagai Pemain Remaja Terbaik Kejohanan kerana menampilkan aksi cemerlang sepanjang kejohanan tersebut.

Ia melakar kenangan manis untuk O’Flanagan selepas menerima Anugerah Pemain Terbaik dan Penjaring Terbanyak selain meraih gelaran kejohanan sementara rakan sepasukannya Ayeisha McFerran menggondol anugerah Penjaga Gol Terbaik.

Terdahulu, Itali menewaskan Wales 3-1 dalam perlawanan klasifikasi 3-4 sementara Thailand menundukkan Singapura menerusi penentuan pukulan penalti shoot out setelah kedua-dua pasukan terikat 0-0 selepas tamat perlawanan.

Dalam perlawanan klasifikasi tempat 7-8, Kazakhstan menundukkan Hong Kong 3-2.

Kedudukan final pasukan
———————–
1. Ireland
2. MALAYSIA
3. Itali
4. Wales
5. Thailand
6. Singapura
7. Kazakhstan
8. Hong Kong

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");