Panasnya Hari Ini

Himpunan RUU355: Rayuan Untuk Kekal Di Dataran Merdeka

KUALA LUMPUR:Pengerusi Himpunan RUU355, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menjelaskan pihaknya akan membuat rayuan berkenaan permohonan untuk mengadakan perhimpunan pada 18 Februari ini di Dataran Merdeka yang ditolak oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Ujarnya,perkara berkaitan pemohonan itu telah dimaklumkan DBKL kepada Sekretariat Himpunan RUU355 menerusi surat bertarikh 13 Januari lalu.

“Dalam penolakannya, DBKL langsung tidak memberikan sebarang hujah mengapa permohonan kami ditolak.

“Pihak kami akan membuat rayuan bagi meneruskan Himpunan RUU355 di Dataran Merdeka,” katanya menerusi kenyataan pada Jumaat memetik sumber Mstar Online.

Kata Timbalan Presiden PAS itu, pihaknya menggesa DBKL supaya mempertimbangkan semula permohonan itu dan sekretariat berkenaan akan memastikan himpunan berjalan dengan penuh tertib dan tenang.

“Himpunan berkenaan perlu diadakan di Dataran Merdeka kerana ia satu sejarah rakyat negara ini yang cintakan keamanan dan keharmonian dalam kehidupan berpaksi kepada sikap hormat menghormati antara kaum dan agama bagi mengamalkan tuntutan agama setiap penganutnya.

“Sekretariat memberi jaminan bahawa himpunan ini akan menyerlahkan bentuk himpunan aman sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta Perhimpunan Aman,” katanya.

Tambahnya lagi, pihaknya akan menyediakan 2,000 petugas dan sukarelawan bagi memastikan himpunan ini berjalan dengan penuh tertib sebagaimana yang dirancang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");