Panasnya Hari Ini

Hubungan PAS & PPBM Semakin Sukar

KUALA LUMPUR:Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki menyifatkan hubungan kerjasama antara PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dilihat semakin sukar dicapai.

Ia berikutan wujudnya dakwaan terdapat persetujuan antara parti pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dan DAP untuk menyerahkan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan kepada parti cauvinis itu.

Memetik sumber Berita harian, sekiranya benar dakwaan terbabit, parti itu akan bertindak tegas untuk tidak lagi mewujudkan sebarang hubungan kerjasama dengan PPBM.

Katanya, dakwaan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz Tunku Ibrahim mengenai pakatan sulit antara PPBM dan DAP sebelum ini terbukti benar apabila Dr Mahathir mengaku bahawa DAP meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam satu kenyataan disiarkan sebuah portal berita, semalam.

Beliau turut menyatakan keyakinan perkara itu akan merencatkan pertemuan antara PAS dan PPBM untuk menjalinkan hubungan kerjasama.

“Buat masa ini, PAS sama ada melalui Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat belum membuat apa-apa keputusan untuk bekerjasama dengan PPBM.

“Yang ada ketika ini hanyalah siri pertemuan dan program bersama untuk menerokai dan menjalin hubungan. Dengan perkembangan terbaru ini, iaitu adanya pakatan sulit memberi DAP jawatan jawatan Timbalan Perdana Menteri atau Menteri Kewangan, PPP yakin akan menutup terus ruang kerjasama antara PAS dan PPBM,” katanya.

Mohd Zuhdi turut yakin seluruh pimpinan dan ahli PAS akan menentang keras sebarang tawaran yang ingin diberikan kepada DAP untuk menjawat jawatan utama dalam kerajaan seperti Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");