Sukan Hari Ini

Kedah menang, JDT akur kalah bermaruah

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) terpaksa akur kalah bermaruah kepada Kedah selepas tewas 4-5 menerusi sepakan penalti dalam aksi pembukaan Liga Super, Piala Sumbangsih di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin, semalam.

Kekalahan tersebut sekali gus melenyapkan impian Harimau Selatan untuk melakar sejarah menjulang Piala Sumbangsih buat kali ketiga berturut-turut.

Kedua-dua pasukan sebelum itu terikat 1-1 selepas 90 minit permainan. Bermula babak pertama, tuan rumah dilihat selesa menggasak gawang pelawat apabila beberapa percubaan berjaya dihasilkan.

Tumpuan diberikan kepada import baharu Harimau Selatan, Brian Federico yang berjaya memberi kejutan kepada penjaga gol JDT pada minit ke-10 namun tersasar sedikit dari gawang gol.

Kesilapan pemain pertahanan Kedah, Mohd Syawal Nordin kerana mengasari Brian Federico dalam kotak penalti pada minit ke-40 mengundang padah apabila JDT berjaya memperoleh gol pertama hasil tendangan yang diambil Safiq Rahim.

Tersentak dengan gol berkenaan, Kedah kemudiaanya melancarkan serangan menerusi Liridon Krasniqi dan Ahmad Fakri Saarani yang kemudiannya dihalang oleh terjahan keras daripada pertahanan JDT, S Kunanlan.

S Kunanlan kemudiannya diarahkan keluar padang selepas menerima kad kuning kedua akibat terjahan kerasnya terhadap Fakri Saarani pada minit akhir babak pertama tang turut menyaksikan Kedah dihadiahkan sepakan percuma.

Bermula babak kedua, pasukan kendalian Tan Cheng Hoe, mula mengatur strategi dan memberi tekanan kepada pasukan tuan rumah yang kini terpaksa beraksi dengan 10 pemain.

Lang Merah kemudiannya berjaya mendapat gol penyamaan apabila rembatan kencang dari luar kotak penalti, kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar pada minit ke 63 gagal diselamatkan penjaga gol JDT.

Anak buah jurulatih JDT, Benjamin Mora bagaimanapun tidak mudah mengalah apabila cuba menguasai semula perlawanan dan memberi serangan balas kepada pelawat.

Pada minit ke80, pemain gantian dan juga import baharu JDT, Jeronimo Barrales nyaris meledakkan gol kedua JDT apabila membuat larian solo ke arah pintu gol lawan namun sepakan berjaya didakap kemas penjaga gol Abd Hadi Abdul Hamid.

Berakhir 90 minit masa permainan yang menyaksikan kedua pasukan terikat 1-1 akhirnya memaksa perlawan ditentukan menerusi sepakan penalti.

Gol penalti JDT dijaringkan Jeronimo Barrales, Marcos Antonio, Gonzalo Gabriel dan Safiq Rahim.

Manakala Kedah pula dijaringkan, Muhd Farhan Roslan, Muhd Akram Mahinan, Ken Ilso, Baddrol Bakhtiar dan Liridon Krasniqi.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");