Sukan Hari Ini

Kelantan Lawan Melaka United Ditunda Akibat Banjir

KUALA LUMPUR:Perlawanan pembuka tirai Liga Super 2017 pasukan Kelantan menentang Melaka United di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini terpaksa ditundakan selepas negeri itu dilanda bencana banjir.

Hasil mesyuarat koordinasi perlawanan Liga Super jam 11 pagi tadi memutuskan perlawanan kedua pasukan itu terpaksa ditunda kepada satu tarikh yang akan ditetapkan.

Keputusan itu diumumkan oleh Komisioner perlawanan selepas pemeriksaan permukaan padang yang dipenuhi air akibat hujan lebat sejak Isnin lalu.

Selain itu, ia juga mengambil kira keadaan cuaca, faktor lain seperti kecederaan pemain, keselesaan penonton dan kesan kepada fasiliti stadium.

Sementara itu memetik laporan Harian Metro, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Datuk Ismail Md Noor ketika berkata, keputusan dibuat oleh Komisioner Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) itu bertepatan disebabkan banjir yang kini melanda beberapa daerah di Kelantan termasuk Kota Bharu.

“Permukaan padang yang dipenuhi air boleh mendatangkan bahaya kepada semua pemain termasuk cedera, selain menyukarkan penonton untuk hadir ke stadium.

“KAFA dan Perbadanan Stadium Negeri Kelantan akan terus membuat pemantauan bagi memastikan padang dalam keadaan baik sebaik banjir surut,” katanya.foto/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");