Isu Panas

Kereta Disimbah Asid, Bersatu Akan Cuba Bantu

KUALA LUMPUR:Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Syed Saddiq Syed Abd Rahman menegaskan bahawa parti itu sedang berusaha mengesan pemilik kepada empat kenderaan yang ‘dicacatkan’ semasa Majlis Pelancaran Parti Bersatu di Stadium Malawati, pada 14 Januari lalu.

Ujarnya, usaha mengesan empat lagi pemilik kenderaan itu dilakukan bagi membantu mengurangkan beban pemilik kenderaan itu.

Difahamkan, sebanyak lapan kereta terlibat disimbah asid, bagaimanapun hanya empat pemilik kenderaan tampil memberikan kerjasama.

“Kami sedang cuba mengesan empat lagi pemilik kenderaan yang dikatakan terlibat.

“Kami akan cuba hulur bantuan sedaya upaya yang kami mampu. Parti kami tidaklah berduit, tapi kami cuba bantu juga,” katanya memetik sumber Sinar Online, hari ini.

Terdahulu, 14 Januari lalu, Sinar Harian melaporkan lapan buah kereta dikesan disimbah dengan cecair menghakis, dipercayai asid.

Kejadian itu disedari oleh pemilik kenderaan masing-masing selepas majlis perasmian berakhir.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");