Jenayah

Kes Belasah- 15 Saksi Dipanggil

KUALA LUMPUR:Berkaitan kejadian pergaduhan melibatkan seorang pemandu lori di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang, pada Sabtu lalu, pihak Polis telah memanggil 15 saksi bagi membantu siasatan berhubung.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, semua saksi berkenaan adalah perakam video, pengawal keselamatan dan penduduk setempat dipanggil bagi memberi keterangan.

Beliau berkata, polis juga sudah menghantar rakaman kamera litar tertutup (cctv) milik kondominium berkenaan kepada pihak forensik untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas.

“Kita meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian ini bagi mengelakkan mengganggu proses siasatan

“Sehubungan itu, polis turut mengalu-alukan sebarang maklumat orang ramai terutama penduduk di kawasan terbabit untuk membantu siasatan,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Terdahulu, kes itu mendapat perhatian ramai apabila rakaman video yang tidak diketahui sumbernya menjadi tular di laman sosial yang memperlihatkan aksi beberapa lelaki membelasah mangsa yang terbaring di jalan raya selama beberapa minit.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");