Perak Hari Ini

Liga Super  2017 : Perak Terikat Seri

IPOH : Perlawanan pertama Liga Super musim ini menyaksikan Perak terikat seri satu sama dalam perlawanan menentang Pahang di Stadium Perak, malam tadi.

Di separuh masa pertama, kedua-dua pasukan dilihat saling berbalas serangan namun gagal menjaringkan sebarang gol.

Skuad The Bos Gaurus (TBG) juga dilihat gagal memanfaatkan beberapa peluang untuk mendahului perlawanan apabila gagal membolosi gawang gol Pahang.

Pahang bagaimanapun berjaya mendahului perlawanan menerusi jaringan yang dilakukan oleh Ahmad Syamim Yahya pada minit ke-56.

Tersentak dengan jaringan gol tersebut, skuad kendalian Karl Heinz Weigang itu cuba untuk menyamakan kedudukan dan berjaya pada minit ke-68 menerusi tendangan Thiago Junio De Aquino.

Perak cuba untuk menambah jaringan namun gagal berbuat demikian walaupun mempunyai beberapa peluang sehingga wisel penamat dibunyikan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");