Isu Panas

Peguam Negara Diminta Percepatkan Kes Rusuhan Di Parlimen.

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara digesa untuk mempercepatkan kes rusuhan di Parlimen, penghujung November tahun lalu, gesa Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad

Khalid berkata, beliau sudah menyerahkan kertas siasatan kes tersebut kepada pihak terbabit dua minggu lalu namun hingga kini tiada tindakan yang diambil.

“Pada pendapat saya, semua orang sudah tau siapa yang terlibat dalam rusuhan di Parlimen tempoh hari jadi mengapa hingga hari ini masih tiada tindakan diambil?

“Tambahan pula segala prosedur sudah dibuat oleh pihak polis dan kini hanya menanti tindakan dari Peguam Negara sahaja,” katanya, lapor Sinar Harian.

Terdahulu, hari terakhir Dewan Rakyat tahun lalu kecoh apabila Khalid diserang di perkarangan Parlimen di sini.

Beliau berkata lagi, tindakan segera ini juga harus diambil untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap Peguam Negara.

“Sudah banyak isu yang timbul membuatkan rakyat hilang kepercayaan terhadap Peguam Negara.

“Oleh itu, saya mengharapkan agar Peguam Negara mengambil serius negara ini dan ambil tindakan segera untuk mengembalikan kepercayaan rakyat,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");