Berita Hari Ini

Pereka Malaysia diiktiraf MWA 2016

KUALA LUMPUR – Seramai 36 pereka laman web mendapat pengiktirafan pada majlis anugerah Malaysia Website Awards 2016 (MWA) di Pulau Pinang.

Exabytes Group, penyedia hos e-dagang dan laman web utama, menjadi hos kepada majlis yang berlangsung pada hujung minggu lepas bagi mengiktiraf pemaju laman web di atas bakat dan usaha mereka.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Chan Kee Siak berkata, majlis yang masuk tahun kedua itu, turut menggalakkan kreativiti, perkongsian dan peningkatan keseluruhan kualiti reka bentuk web keseluruhan di Malaysia.

“MVA amat kompetif, dengan penganjur menerima penyertaan lebih 400 laman web setiap bulan,” katanya.

Majlis berkenaan menampilkan tiga kategori iaitu komersial, peribadi dan e-dagang, dengan setiap calon diletakkan dalam kategori Laman Web Bulanan Terbaik, Anugerah Laman Web Pilihan Ramai dan hadiah utama, Laman Web Terbaik.

Anugerah utama dirangkul Chin Kwan How dari Maniqure Group Sdn Bhd, syarikat yang mengkhusus dalam salon kuku wanita. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");