Perak Hari Ini

PERKESO Teluk Intan Daftar 8,032 Majikan Sepanjang 2016

BAGAN DATUK : PERKESO Teluk Intan telah mendaftarkan 8,032 majikan sehingga akhir tahun 2016.

Pengurusnya, Roslan Mohd Daud berkata, daripada jumlah itu, hanya 3,691 majikan yang aktif.

“Jumlah pekerja yang mendaftar dengan PERKESO Teluk Intan sehingga Disember 2016 pula ialah seramai 97,006 orang.

“Selain itu, sepanjang tahun 2016, PERKESO Teluk Intan telah memproses 2,211 kes pelbagai faedah seperti faedah perubatan, faedah hilang upaya sementara, faedah hilang upaya kekal dan beberapa yang lain.

“Kesemuanya melibatkan perbelanjaan sebanyak RM5.015 juta,”katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia, Datuk Shahrul Zaman Yahya hadir ke majlis PERKESO Prihatin @ Bagan Datuk bersempena Program Permukiman Menteri Besar ke daerah ini.

Pada majlis tersebut, Shahrul Zaman juga turut menyampaikan bayaran faedah kepada beberapa orang penerima.

Sementara itu, Roslan berkata, PERKESO Teluk Intan juga telah mengeluarkan 40 kompaun kepada majikan menerusi enam operasi mengesan majikan tidak mendaftar dan mendakwa tujuh majikan ke mahkamah.

“Kesalahan di bawah Akta PERKESO ialah boleh didenda sehingga RM10,000 atsu penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");