Perak Hari Ini

Rakyat Malaysia Perlu Kekal Fit Untuk Kesinambungan TN50

BAGAN DATUK : Rakyat di negara ini perlu terus fit dan sihat bagi meneruskan kesinambungan Transformasi Nasional 2050 (TN50), kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Fit Perak @ Bagan Datuk bersempena dengan Program Permukiman Menteri Besar Perak ke daerah ini, hari ini.

“Biarpun kita semua berusia 40 tahun ke bawah atau dipanggil belia, berumur lebih 40 tahun atau lebih 60 tahun, umur hanya sekadar angka sahaja.

“Yang penting, kalau kita menjaga kesihatan, lakukan latihan jasmani, fit akan datang dengan sendiri.

“Kita kena pastikan, rakyat Malaysia adalah rakyat yang fit, rakyat yang sihat dan rakyat yang boleh meneruskan kesinambungan bagi mencapai TN50,”katanya dihadapan lebih 5,000 pengunjung yang hadir.

Turut hadir ke kemuncak program permukiman itu ialah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia merangkap ADUN Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya dan barisan Exco negeri.

Beliau turut berkata, purata jangka hayat rakyat Malaysia yang bertambah menunjukkan tahap kesihatan rakyat di negara ini semakin meningkat.

“Peningkatan ini adalah disebabkan penjagaan kesihatan oleh rakyat Malaysia, oleh warga kesihatan, oleh Kementerian Kesihatan Malaysia atas kebertanggungjawaban kerajaan Malaysia bagi menentukan bahawa rakyat Malaysia berada di tahap yang terbaik.

“Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada negeri Perak yang menjadi negeri pertama yang menyahut seruan Fit Malaysia dengan menjadikannya sebagai Fit Perak,”katanya.

Dalam ucapannya juga ,Ahmad Zahid turut mengarahkan Shahrul Zaman menganjurkan Fit Bagan Datuk setiap bulan bagi memastikan kecergasan rakyat di daerah itu.

Ahmad Zahid juga turut meluangkan masa bagi melawat booth-booth pameran yang disediakan untuk pengunjung.

Sementara itu, Zambry dalam ucapannya berkata, beliau ingin melihat rakyat di negeri ini aktif dalam bidang sukan.

“Apa yang kita laksanakan ini adalah kerana kita ingin melihat rakyat yang sihat di negeri Perak,”katanya.

Terdahulu, Zambry melepaskan peserta kayuhan berbasikal sejauh 30 kilometer dan larian sejauh lima kilometer.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");