Sukan Hari Ini

Selangor, Felda United mula langkah kanan

DUA pasukan iaitu Selangor dan Felda United bermula dengan langkah kanan pada aksi pembukaan Liga Super selepas mencatat kemenangan, malam tadi.

Krisis dalaman yang membelenggu Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) nyata tidak menjejaskan skuad Gergasi Merah yang menewaskan Pulau Pinang 2-0 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Gol pertama skuad Gergasi Merah dijaringkan oleh Adam Nor Azlin pada minit ke-35.

Jaringan berkenaan berpunca daripada tampanan lemah yang dilakukan penjaga gol Pulau Pinang, Syed Adney Syed Hussein susulan tandukan kencang Ugo Ukah sebelum Adam menyambar bola berkenaan untuk meletakkan Selangor di hadapan.

Penyerang import dari Liberia, Francis Forkey Doe mengesahkan kemenangan untuk skuad Gergasi Merah selepas menjaringkan gol kedua pada minit ke-45.

Di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka Pahang, jaringan tunggal penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-67 memastikan Felda United mengutip tiga mata ke atas pendatang baharu, PKNS FC.

Sementara itu, perlawanan antara Kelantan dan Melaka United yang sepatutnya berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam ini, ditunda ke suatu tarikh baharu berikutan cuaca buruk yang melanda Kelantan.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");